Bulan Rajab

Bulan Rajab Bulan Allah....
Muhammad Isa al-Jambuli



DI ANTARA dua belas bulan dalam tahun Hijrah, terdapat empat bulan pilihan yang dinamakan bulan haram (diharamkan manusia berperang), iaitu bulan Muharram, Rajab, Zul-Qi'dah dan Zul-Hijjah. Di antara empat bulan itu pula, bulan Rajab menjadi pilihan sebagai bulan istimewa, di samping bulan Sya'ban dan Ramadhan.

Tersebut dalam kitab Jam'atul-Fawaid wa Jawahirul-Qalaid : Ketiga-tiga bulan istimewa itu, dalam hal yang berkaitan dengan pertanian, Rajab adalah sebagai bulan menabur biji benih, Sya'ban sebagai bulan menyiram tanaman dan bulan Ramadhan sebagai bulan menuai hasil tanaman itu. Jadi, sesiapa yang tidak menabur biji benih (biji taat) pada bulan Rajab dan tidak menyiram (mengalirkan air mata kesalan dan keinsafan) pada bulan Sya'ban, betapa dia dapat menuai dalam bulan Ramadhan?

Al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani r.a. pula membandingkan ketiga- tiga bulan tersebut dengan perkembangan sepohon pokok. Rajab itu hari tumbuh daunnya, Sya'ban itu hari keluar buahnya dan Ramadhan itu hari panen.

Lebih jauh disebutkan lagi, Rajab menyucikan badan, Sya'ban menyucikan hati dan Ramadhan menyucikan roh. Dikatakan juga, Rajab bulan maghfirah (keampunan daripada Allah), Sya'ban bulan syafa'at (pertongan daripada Allah) dan Ramadhan penggandaan segala kebajikan.

Asal-usul nama "Rajab" :

Perkataan Rajab dalam tulisan al-Quran terdiri daripada tiga huruf akronim : ra' daripada kalimah rahmatullah (rahmat Allah), Jim dari- pada kalimah jinayatul-'abd (kesalahan hamba Allah) dan ba' daripada kalimah birrullah (kebajikan Allah).

Bulan Rajab disebutkan juga dengan nama : Al-summun, bermaksud tuli, bermaksud tidak dapat mendengar bunyi senjata kerana peperangan diharamkan sepanjang bulan.

Kelebihan bulan Rajab:

Ulamak meriwayatkan beberapa Hadith yang memperkatakan tentang keistimewaan dan kelebihan bulan Rajab. Di antaranya:

Rasulullah saw bersabda, (mafhumnya), "Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Rajab itu bulan Allah, Sya'ban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku." Dalam sabda Rasulullah yang lain (mafhumnya), "Kelebihan bulan Rajab daripada segala bulan seperti kelebihan al-Quran daripada segala Kalam (kitab Allah).

Rasulullah saw ditanya, "Apakah maksud 'Bulan Allah' itu, ya Rasulullah?". Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Maksudnya ditentukan dengan maghfirah, ditegah menumpahkan darah, ditaubatkan oleh Allah para anbiak dan diselamatkan para auliak daripada seteru mereka..."

Diriwayat, bahawa Allah SWT menciptakan bumi yang putih di belakang bukit Qaf. Di situ penuh dengan para malaikat yang masing- masing memegang panji-panji yang tersurat "La ilaha illallah, Muhammadun Rasulullah". Dan, pada tiap-tiap malam dalam bulan Rajab para malaikat itu beristighfar untuk seluruh umat Muhammad saw.

Mengikut sejarah, antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rajab ialah Allah SWT menyelematkan Nabi Allah Nuh a.s. dan pengikut-pengikut baginda (termasuk binatang-binatang) daripada banjir besar dengan sebuah bahtera yang besar. Selain peristiwa itu, yang palinng penting bagi umat Islam dan paling menakkjubkan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah SWT ialah peristiwa Isra' dan Mi'raj yang disambut oleh umat Islam setiap 27 Rajab setiap tahun.

Peristiwa tersebut sudah cukup untuk membuktikan kelebihan bulan Rajab. Selain itu banyak keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam yang beramal ibadat dalam bulan ini.

Fadhilat Beribadat dalam Bulan Rajab :

Ibadat puasa:

Dicatatkan oleh al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani dan kitabnya Ghunyah, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan berpuasa sehari dalam bulan Rajab dengan mengharapkan pahalanya, diwajibkan kepadanya ridhuan dan didudukkan di dalam Firdaus, syurga yang paling tinggi. Sesiapa berpuasa dua hari, maka dikurniakan dua kali ganda pahala, tiap-tiap satunya umpama dunia. Sesiapa berpuasa tiga hari, dijadikan oleh Allah di antara dirinya dan neraka sebuah parit sepanjang perjalanan setahun. Sesiapa berpuasa empat hari, dijauhkan daripad bala, fitnah Dajjal, sopak dan penyakit-penyakit yang lain. Sesiap berpuasa lima hari, mescaya disentosakan daripada azab kubur.

"Sesiapa berpuasa enam hari, keluar dari mukanya dan kuburnya cahaya yang lebih terang daripada bulan purnama. Sesiapa berpuasa tujuh hari, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa delapan hari, maka dibuka oleh Allah baginya delapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa sembilan hari, keluar dia dari kuburnya dan mengucap la ilaha illallah dan tidak ditolak dari syurga. Sesiapa berpuasa sepuluh hari, disediakan oleh Allah hamparan pada tiap-tiap sebatu siratal- mustaqim dan dia duduk berehat di atasnya....." Disebutkan lagi fadhilat-fadhilat bagi tiap-tiap tambahan bilangan hari seseorang itu berpuasa, sampai dua puluh hari semuanya.

Abu al-Darda' r.a pula meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rajab, seolah-olah dia mengerjakan ibadat seumur hidupnya dan berpuasa serta bersembahyang selama-lamanya...."

Dalam riwayat lain, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa berpuasa sebulan bulan Rajab, Allah mewajib ke atasnya tiga perkara, diampunkan segala dosanya yang terdahulu, dipeliharakan sepanjang umur hidupnya selepas itu dan disentosakan dia daripada dahaga pada hari kiamat". Sembah seorang lelaki, "Ya, Rasulullah. Aku dhaif (tak terdaya) berpuasa sebulan penuh".

"Puasalah pada awalnya, tengahnya dan akhirnya. Sesungguhnya engkau diberi pahala puasa sebulan juga...", sabda Rasulullah saw.

Ibadat sembahyang:

Diriwayatkan oleh Thauban r.a., Rasulullah bersabda (mafhumnya), "... Demi Allah, diriku pada tangan kudarat-Nya, tiada daripada muslim atau muslimah yang berpuasa sehari pada bulan Rajab dan mengerjakan sembahyang (wajib dan sunat) pada malanya, melainkan disuratkan oleh Allah kepadanya ibadat setahun dan terlepas daripada seksa kubur".

Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab dan pada malanya mendirikan sembahyang (wajib dan sunat), baginya pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun dan dan Allah mengampuni tujuh puluh dosa besar tiap-tiap hari ..."

Sedekah:

Rasulullah saw pernah ditanya, "Apakah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh orang yang tidak terdaya berpuasa dalam bulan Rajab?", Sabda Rasulullah saw, "Bersedekahlah dia. Sebiji roti setiap hari, umapamanya".

Dalam riwayat lain,Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa bersedekah dalam bulan Rajab, dijauhkan dia dari api neraka".

Dalam kitab Ghunyh, Syaikh Abdul-Qadir al-Kailani, meriwayat- kan : "... Sesiapa berpuasa dan bersedekah pada hari dua puluh tujuah Rajab, disuratkan Allah baginya pahala puasa seribu tahun dan pahala memerdekakan seribu sahaya".

Salman al-Farisi r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiap berpuasa sehari dalam bulan Rajab, maka seperti dia berpuasa seribu tahun dan memerdekakan seribu sahaya. Dan, sesiapa bersedekah dalam bulan Rajab dengan satu sedekah, maka seperti dia bersedekah dengan seribu dinar dan disuratkan Allah seribu kebajikan bagi tiap-tiap urat bulu roma di badannya, diangkatkan baginya seribu darjat dan dihapuskan daripadanya seribu kejahatan".

Istighfar dan/atau zikir :

Dalam satu riwayat, apabila ditanya, apa yang sepatut dilakukan oleh seorang yang tidak terdaya berpuasa dan tidak mampu bersedekah dalam bulan Rajab. Rasulullah menganjurkan suapaya orang itu bertasbih (dibacakan tasbihnya).

Diriwayatkan oleh Ali k.w, bahawa Rasulullah bersabda, "Perbanyakkan oleh kamu beristighfar dalam bulan Rajab...."

Berkata Wahab bin Munbah r.a., Aku telah baca bebearapa kitab Allah yang tercatat, "Seiapa mengucap istighfar pagi dan petang dalam bulan Rajab sebanyak tujuh puluh kali, diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka".

Wallahu a'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

makasih sudah mampir...